Asia Tenggara mempunyai tenaga kerja besar yang kurang dilayani. Di Malaysia sahaja, terdapat 11 juta pekerja kolar biru yang boleh dilatih dan ditingkatkan kemahiran mereka supaya boleh menghasilkan kerja yang lebih baik dan tingkatkan produktiviti perniagaan. Namun ramai yang tidak diberikan latihan yang sewajarnya kerana syarikat kekurangan sumber, tenaga kerja dan wang dalam perniagaan.
ArcLab berusaha untuk menyelesaikan isu ini. Kami menyediakan platform di mana anda boleh menyediakan modul latihan tanpa perlu menggunakan banyak sumber, tenaga kerja ataupun wang dan boleh menjimatkan masa untuk memacu produktiviti, yang kemudian akan meningkatkan pendapatan perniagaan anda.
You must be logged in to post a comment.