Cara Untuk Melatih Pekerja F&B, Runcit & Hospitaliti Dengan Cepat

lisanto-FjXA21L-ihw-unsplash
sabrina k

sabrina k

Pembukaan Pusat Pemeriksaan Woodlands Dan Tuas

Sebelum pengisytiharan sekatan Covid-19 terhadap pergerakan sempadan antara Singapura dan Malaysia, anggaran 415,000 orang dikatakan melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam sehari. 

Pada 1 April 2022, sempadan Malaysia-Singapura telah dibuka semula sebagai kelonggaran dalam sekatan yang telah ditetapkan sebelum ini. Sekitar 33,700 orang dikatakan telah melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dengan menaiki bas, kereta dan motosikal hingga 5 petang pada hari pertama sempadan dibuka sepenuhnya.

Keputusan ini merupakan pengakhiran dalam penantian lama untuk bersatu sama keluarga dan rakan-rakan tercinta yang menetap di negara seberang. Sementary kebenaran untuk ke luar negara adalah kelegaan setelah hampir 2 tahun tidak dibenarkan melancong ke Singapura atau Malaysia tanpa ujian ataupun kuarantin. 

Pembukaan Membawa Harapan Bagi Memulihkan Ekonomi

Keputusan ini juga merupakan harapan bagi kedua belah negara untuk memulihkan ekonomi. Pada hari pertama pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dibuka, Johor Bahru menyaksikan lonjakan sehingga 40 peratus dalam penjualan makanan dan minuman mahupun runcit.

Para penjual makanan, khidmat cuci kenderaan dan runcit akan dapat menyaksikan lebih kemajuan dalam penjualan mereka dalam minggu-minggu yang akan datang memandangkan ramai lagi yang masih belum menyeberang sempadan dan juga bulan Ramadhan yang telah tiba yang akan menyebabkan ramai untuk mahu membeli-belah bersama keluarga. 

Inilah masanya dimana kesemua perniagaan makanan dan minuman, runcit dan industri hospitaliti sedang bergesa untuk sediakan perniagaan mereka bagi kedatangan pengunjung yang mahu membeli-belah, makan bersama keluarga dan rakan-rakan serta memerlukan tempat berehat di hotel dan resort.

Ada banyak informasi penting yang harus disampaikan kepada pekerja-pekerja seperti prosedur operasi standard (SOP), prosedur bagi memastikan keselamatan dan kebersihan dan juga latih tentang perkhidmatan pelanggan.

Bagaimanakah Industri Makanan & Minuman, Runcit & Hospitaliti Boleh Melatih Pekerja-Pekerja Mereka Dengan Cepat?

  1. Siapkan informasi-informasi penting yang perlu diajar sebelum onboarding dijalankan supaya tidak ada maklumat yang tertinggal dan semua pekerja mendapat latihan yang sama. Ini memastikan pekerja tidak salah faham akan arahan yang telah diberikan dan akan dapat menjalankan tugas mereka dengan tepat. 
  2. Kumpulkan informasi tersebut dalam satu platform supaya informasi penting dapat diakses pada bila-bila masa, di mana jua. Ini akan menolong latihan pekerja dan onboarding menjadi lebih cepat dan menolong para pekerja mengekalkan informasi dalam minda.
  3. Pastikan pekerja anda memahami apa yang telah diajar semasa latihan mereka. Sekiranya ada pekerja yang masih kurang faham, mereka boleh dilatih untuk masa yang lebih panjang ataupun ia menjadi sesuatu yang menunjukkan bahawa program latihan kita masih boleh diperbaiki. 

Sampaikan latihan anda dengan cepat dan juga dalam bahasa yang pekerja anda guna supaya latihan anda lebih mudah difahami. Ketahui tahap kefahaman pekerja anda dengan menjalani kuiz dan jejaki tahap kemajuan pekerja menggunakan ArcLab Learner Analytics. 

Anda boleh melatih pekerja anda dengan cepat dengan menggunakan ArcLab. Bacalah lebih tentang 4fingers Malaysia dan bagaimana mereka dapat mempercepatkan program latihan mereka atau cuba sendiri di sini.

Ketahui Bagaimana Anda Boleh Jimat Masa Latihan Seperti 4fingers Malaysia

Gambar dari TodayOnline & Lisanto 李奕良 (Unsplash)

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email