Categories
Blog

Melabur Untuk Perkembangan Perniagaan

Masa hadapan perkembangan & produktiviti

Masa hadapan perkembangan & produktiviti dalam perniagaan sudah mula bertukar dan para perniagaan akan ketinggalan sekiranya tidak mengikuti perkembangan ini. 

Masa hadapan yang sedang dibicarakan disini merujuk kepada pelaburan para perniaga dalam perkara yang tidak ketara seperti latihan pekerja, pengurusan bakat pekerja mahupun penyelidikan pasaran dalam setiap industri. 

Ada peningkatan dalam kesedaran orang atas kepentingan melabur dalam perkara yang tidak ketara dalam bidang kewangan dan juga industri manufaktur, f&b, runcit dan setiap perniagaan yang mempunyai pekerja kolar biru. Tidak seperti dahulu dimana industri-industri akan lebih fokus dalam pembelian peralatan, bangunan dan sebagainya.

Covid-19 menyebabkan lebih perniagaan mengenali kepentingan untuk melabur dalam perkara yang telah disebutkan oleh kerana melabur dalam penggunaan platform digital, kemahiran pekerja dan penyelidikan pasaran adalah faktor-faktor yang telah menolong perniagaan mereka kekal semasa Covid-19.

Sebagai contoh, industri F&B melabur dalam melatih pekerja mereka untuk mempelajari cara mengambil pesanan melalui platform talian semasa pandemik berlaku. 

Mengapakah perniagaan-perniagaan sedang menuju ke arah ini?

Pelaburan dalam perkara tidak ketara telah dibuktikan menolong perniagaan berkembang dan meningkatkan produktiviti perniagaan. Ini membolehkan para perniagaan mencapai kejayaan lebih tinggi daripada para pesaing mereka dan juga dapat meningkatkan pendapatan perniagaan mereka. 

Terdapat banyak faedah melabur dalam latihan pekerja. Ini termasuk mengenal potensi terkunci, memajukan kemahiran pekerja dan meningkatkan pengekalan kakitangan. Setiap kakitangan merupakan tulang belakang perniagaan dan ianya penting untuk memastikan mereka tersedia dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka dengan cemerlang. 

Anda Boleh Melabur Sambil Menjimat Masa Dan Duit

Sementara melabur dalam perkara yang tidak ketara itu penting, hadir sesuatu sistem yang membolehkan anda latih pekerja baru dan kakitangan anda sambil menjimatkan kos dan masa. 

Sistem itu adalah ArcLab. 

Sistem ArcLab merupakan solusi yang menjimatkan wang dan ianya boleh mengatasi halangan bahasa yang dihadapi ketika sedang melatih pekerja. Ianya juga memastikan kandungan latihan anda konsisten di setiap cawangan perniagaan anda dan membolehkan sumber manusia, para pelatih dan pasukan L&D jejaki kemajuan pembelajaran kakitangan mereka.

Jadi Siapa Yang Menggunakan ArcLab?

ArcLab menolong perniagaan dalam industri makanan dan minuman, runcit, pembinaan, pertubuhan kebajikan sukarela etc, dan sedang mencari untuk membantu lebih perniagaan dengan pekerja kolar biru, latih pekerja mereka. 

Kami bekerja bersama pengurus sumber manusia (HR), pasukan L&D dan jurulatih untuk sampaikan latihan dengan mudah tanpa memerlukan banyak sumber dan masa. Latihan yang boleh dijalankan pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam apa bahasa jua. 

ArcLab memperkenalkan penggunaan modul pembelajaran Nano yang memecahkan kandungan latihan berat kepada saiz kecil untuk meningkatkan kadar pengekalan maklumat dalam fikiran kakitangan anda. Ini akan menolong kakitangan anda tingkatkan hasil kerja mereka.

Kita menolong para pekerja untuk dilatih dengan cepat dan kita menolong para majikan jimat masa latihan.

Bagaimanakah ArcLab digunakan?

Modul ArcLab boleh diubah suai mengikut keperluan anda dan hadnya adalah imaginasi anda. Pasukan L&D Fei Siong Group, sebuah perniagaan dalam industri makanan dan minuman di Singapura, menggunakan modul ArcLab untuk sampaikan latihan yang tepat pada masanya dan konsisten tanpa mengganggu aliran kerja. Modul ArcLab juga disampaikan dalam bahasa ibunda para pekerja. 

Restoran 4Fingers (Singapura & Malaysia) pula menggunakan ArcLab untuk sediakan manual operasi, SOP digital dan latihan mudal alih yang membolehkan pekerja mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini mengurangkan masa yang biasanya digunakan untuk membaca manual latihan yang bertimbun dan mengekalkan konsistensi dalam prosedur operasi standard terutamanya untuk pernigaan seperti 4Fingers yang mempunyai banyak cawangan. 

Hasil Mengguna ArcLab

Fei Siong Group telah mencapai sehingga 50% penjimatan dalam masa latihan. 4Fingers (Singapura & Malaysia) telah berjaya menjimatkan 27 jam dalam latihan bagi setiap pekerja setiap bulan. (Isi borang di bawah untuk membaca lebih lanjut dalam eBook kami)

Penggunaan lain untuk ArcLab termasuk latihan digital dan prosedur operasi standard (SOP) untuk industri pembinaan dan industri yang bekerja dari rumah oleh kerana sekatan Covid-19. Kita bekerja bersama Woh Hup, syarikat pembinaan yang mempunyai pekerja yang berbual dalam bahasa ibunda yang berbeza, untuk menyampaikan latihan dalam bahasa yang selesa buat mereka. 

Latih kakitangan anda tentang bahasa badan untuk perkhidmatan pelanggan, kecemerlangan perkhidmatan pelanggan atau gunakan ArcLab untuk meningkatkan kesihatan mental pekerja.

ArcLab boleh membantu para perniagaan mencapai potensi maksimum mereka dan meningkatkan produktiviti sebanyak 50%, sama seperti Fei Siong Group. Perniagaan dalam industri makanan, pelayan di hotel dan restoran, bar, kafe mahupun hospital negara, semuanya kita sambut dengan tangan terbuka.

Pelajari Lebih Dari E-book Percuma Kami